My Second Topic!
Jauh perjalanan bersama kuda,
Terlepas ia hilanglah pula pelana.
Usia boleh tak lagi muda,
Janji semangat membaca haruslah ada!
Hi semua! Jumpa lagi, haa.. dah baca sampai sini mesti perasaan ingin tahu korang membuak-buak kan sekarang tentang falsafah pendidikan dan juga tentang diri saya.
Kalau dah ready semua dengan makanan, takde makanan pun takpelah janji korang bagi senyuman tu sikit๐, senyum kan sedekah barulah seronok membaca!
silakan membaca ye semua!๐๐
Topik ke-2 ini akan menumpukan kepada "guru" terbaik pilihan saya
Siapakah guru terbaik yang pernah SAYA kenali dalam hidup SAYA?
Ayat yang sememangnya menjadi tanda tanya buat semua tetapi itu bukanlah menjadi suatu tanda tanya yang besar dalam hidup saya. Kerana seperti yang telah saya ceritakan pada topik sebelumnya. Insan yang membawa pengaruh besar dalam hidup saya dan menjadikan saya berhasrat untuk menjadi seorang bakal pendidik seperti sekarang adalah ibu saya. Ibu yang bersusah payah mengandungkan saya selama 9 bulan melahirkan dan menyusukan saya. Pengorbanan beliau tidak sampai disitu sahaja, namun pergorbanan beliau tidak akan pernah ada titik pengakhirannya dalam kehidupan saya.
Jika ingin saya kaitkan kualiti dalam falsafah yang ada dalam diri ibunda saya adalah dengan senang hatinya saya katakan beliau merupakan seorang yang mempunyai ciri realism. Mengapa saya berkata sebegitu?
Ini adalah kerana saya melihat dari kecil sampailah sekarang cara beliau mendidik saya sangatlah realistik dan tidak sama sekali hidup dalam fantasi. Contohnya, saya masih ingat sewaktu saya kecil dahulu, masih darjah 3 kalau tidak silap. Setiap pagi sebelum menghantar saya ke sekolah dia akan menghulurkan saya wang Rm 2.00 dan setiap kali pulang dari sekolah saya masih ingat saya merungut kerana wang saku yang dikasi itu sangatlah sedikit dan sememangnya tidak cukup untuk saya, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun yang pada waktu itu masih merasa berkeinginan untuk memiliki semua benda, melihat kawan makan aiskrim, saya pun nak jugak. Melihat kawan beli kotak pensel baru, saya pun nak jugak. Senang cakap, tengok je apa yang kawan saya makan ke, diorang beli benda baru ke semua pun saya nak. Nampak tak bertapa demand nya saya waktu saya kecil hahaha..
Dan setelah sahaja mendengar semua rungutan saya, korang agak-agak apa agaknya yang ibunda saya lakukan?
Tambah lagi wang saku saya kerana kasihankan anak kecil yang sentiasa kelaparan dan tak tahu maksud kenyang ni?
Sememangnya tidak kawan-kawan... huhuhu
Akan sebaliknya, ibunda saya hanya berkata-kata begini, "kita hidup seadanya sahaja dan ada berapa ringgit dalam saku, itulah dia. Jangan pernah meminta lebih kerana, itu sahaja semampunya yang kita ada. Belajar untuk berjimat-cermat dan bukannya Rm2.00 yang mama hulurkan itu, awak habiskan semuanya oh anakku."
Masih segar di ingatan kata-kata itu dan setelah dari hari itu saya tidak pernah merungut tentang wang saku lagi..
Seterusnya, ibunda saya ini juga seorang yang pragmatisme, suka mencuba sesuatu yang baharu. Contohnya saya masih ingat waktu sebelum pandemik ini berlaku ibunda saya sangatlah gemar membeli buku-buku resepi dan mencuba resepi masakan baru. Katanya sedap atau tidak itu tolak ke belakang dulu hehehe๐ ibu saya pun seorang yang riang ria, sama macam anaknya๐ Dulu hari-hari sebelum saya mulanya online class ini saya sentiasa habiskan waktu berada di dapur bersamanya penuh dengan gelak ketawa sahaja dan untuk pengetahuan korang semua, ibunda saya ni selagi masakannya tidak sesuai citarasanya selagi itulah beliau akan mencuba lagi dan lagi sehinggakan saya masih ingat beliau masak satu lauk tu sampai ulang berminggu-minggu masih lauk yang sama dan akhirnya sangatlah WOW, sedap sangat sampai dapat pujian dari suami tercintanya dan itulah tujuan merupakan utama beliau hahaha..๐๐ sekian...
TAPI..
Belum habis lagi kawan-kawan. hehehee
Seterusnya, saya akan menerangkan tentang apa yang dapat saya kaitkan dari "guru pilihan" hati saya ini dengan falsafah dan berdasarkan kepada 4 jenis perspektif Falsafah Pendidikan Barat iaitu Idealisme, Pragmatisme, Existensialisme dan Realisme.
Sebelum itu saya akan menerangkan tentang Falsafah Pendidikan Barat
FPB terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Pendidikan Tradisional
- Pendidikan Moden
Bagi Falsafah Pendidikan Barat Tradisional terdapat 4 jenis cabang iaitu:
- Realisme
- Idealisme
- Perenialisme
- Esensialisme
Bagi Falsafah Pendidikan Barat Moden pula juga terdapat 4 cabang lain iaitu:
- Pragmatisme
-Eksistensialisme
- Progresivisme
- Rekonstruktionisme
Dalam 8 falsafah umum tersebut, terdapat 4 cabang falsafah pendidikan yang telah dibahagikan oleh Stone dan Schinder pada tahun 1971.
Empat jenis cabang falsafah pendidikan tersebut akan saya terangkan disini. Bermula dari cabang falsafah pertama iaitu:
Realisme ialah falsafah yang mengkaji tentang objektif wujudnya dunia dan segala makhluknya dan hubungannya antara satu sama lain. Fahaman ini percaya kepada wujud umum, iaitu benda-benda yang dapat kita perhatikan dan buktikan akan kewujudnya. Bertentangan dengan idealisme yang memandang alam kerohanian sebagai realiti, realisme sebaliknya memandang alam kebendaan sebagai realiti.
Contoh Realsime dalam diri pendidik ialah seperti, guru memberi tugasan yang banyak dalam waktu sehari dan esok adalah tarikh hantarnya tetapi dia tidak akan memaksa muridnya untuk menyiapkan dalam waktu sehari jika mereka gagal menghantarnya kerana dia tahu bahawa itu adalah perkara yang tidak mungkin kerana bukan semua pelajar mampu mencapai tahap perkembangan yang sama.
Idealisme adalah istilah daripada Yunani Kuno dengan idea yang bermaksud "melihat" dan isme yang bermaksud suatu fahaman. Cabang falsafah ini menerangkan tentang seseorang yang selalu suka membuat anggapan, suka berangan atau membuat renungan dengan mendapat inspirasi dari karya, atau sebuah watak dalam drama yang ditontonnya.
Prgamatisme pula adalah seorang yang suka bereksperimen. Seorang yang bukan hanya suka melihat namun suka mencuba sesuatu itu barulah dia akan dapat memahaminya. Contohnya, seorang guru yang bersikap pragmatisme ini biasanya merupakan guru sains ataupun guru yang mengajar bidang kemahiran, seperti Teknikal dan Vokasional. Ini adalah kerana bidang ini lebih mengkhususkan guru untuk bertindak menggunakan dua motor soft skill serta hard skillnya.
Eksistensialisme, cabang falsafah pendidikan yang keempat ini adalah menerangkan tentang seorang yang suka menonjolkan diri, suka memimpin dan lebih gemar untuk mewujudkan dirinya kerana dia lebih tidak suka bersikap introvert. Seorang guru yang seperti ini biasanya akan lebih suka atau gemar untuk bercakap dihadapan muridnya dan seorang yang sangatlah aktif.
Baiklah, setelah saya menerangkan tentang 4 jenis Falsafah Pendidikan Barat di atas. Apa yang dapat saya rumuskan perspektif "guru" pilihan saya ini mengikut falsafah adalah saya melihat ibunda saya lebih mengikut ajaran falsafah berbentuk Realisme dan Pragmatisme. Hal ini dapat dilihat kerana beliau seorang yang sangatlah melalui hari-harinya dengan sangat sabar kerana apa yang ingin dikejarkan pada akhirnya perkara-perkara itu tetap akan terjadi tergantung lambat atau cepat. Seterusnya, saya melihat beliau juga seorang yang pragmatisme, seperti yang saya ceritakan pada awal-awal tadi. Malah sekarang saya melihat beliau lebih kepada seorang yang lebih menjurus kepada sikap pragmatisme kerana, beliau masak tanpa resepi, main campak-campak je. Tak sedap beliau akan cuba sampai sedap haahaha.. ni kalau saya lah yang masak main campak-campak esok lusa ibu saya kemas baju saya campak keluar rumah....aaa tacodd๐ฑ๐ญ๐ฐ
Baiklah sekarang saya akan menerangkan tentang Falsafah Pendidikan Islam pula.
Falsafah Pendidikan Islam atau FPI adalah satu usaha berterusan yang bersepadu dalam menyampaikan ilmu bagi membentuk diri, mengasuh peribadi, membina kemahiran diri dan menjadi contoh teladan dalam penghayatan cara hidup Islam berdasarkan Al-Qur'an dan As Sunnah dalam meningkatkan potensi diri dari sudut spiritual, fizikal, intelek, emosi dan sosial agar menjadi manusia yang bertanggungjawab terhadap Allah SWT.
Terdapat 3 konsep utama yang membina FPI ini, iaitu:
-TA'LIM
-TA'DIB
-TARBIYAH
Ta'lim bermaksud proses mempelajari ilmu di mana guru dan pelajar peroleh pertambahan nilai yang baik dalam hidup, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk masyarakat sekeliling.
Ta'dib pula bererti pendidikan yang berfokuskan disiplin minda dan rohani yang menggambarkan sesuatu tindakan yang diambil itu haruslah sesuai dengan keadaan. Juga boleh dijelaskan seperti mendidik atau mengamalkan apa yang telah dipelajari dalam kehidupan seharian.
Tarbiyah pula bermaksud proses pengembangan dan bimbingan yang meliputi jasad, akal dan jiwa yang dilakukan secara berlanjutan dengan tujuan akhir pelajar mendewasa dan hidup secara mandiri di tengah masyarakat.
BAGAIMANA PERSPEKTIF GURU PILIHAN TERSEBUT DAPAT MEMUPUK PANDANGAN SAYA?
Saya melihat apa yang diajarkan ibunda saya adalah tentang ketulusan dan kesabaran. Melihat sikap sabarnya dalam membesarkan serta mendidik saya dan sabarnya beliau dalam setiap perkara yang dilakukannya. Ini sangat penting kerana dalam Falsafah Pendidikan Islam sendiri Tarbiyyah menekankan erti kesabaran dalam kita secara tidak langsung dan tidak kita sedari. Tarbiyyah yang membawa maksud memelihara atau memberi didikan dari kecil secara menyeluruh yang berterusan. Apa jua perkara yang bersikap "berterusan" mestilah mempunyai satu kunci sahaja iaitu kesabaran.
Maka dengan itu, semestinya perspektif "guru" pilihan saya ini amatlah memberi kesan dan pengaruh kepada saya dari semasa ke semasa tanpa saya sedari saya telah dipupuk untuk menjadi seorang yang penyabar. Justeru itu, perkara ini amatlah penting bagi seorang bakal pendidik seperti saya kerana jika saya ingin berjaya dan menjayakan seseorang individu lain saya perlulah tekun dan sabar dalam menghadapi segala ujian yang sulit mahupun tidak.
Sekian, cukuplah topik ini sampai disini sahaja..
Sampai jumpa di topik selanjutnya ye kawan-kawan, Terima Kasih kerana sudi luangkan masa membaca!๐๐
Topik ke-3 saya dah publish..kalau nak tahu tentang bagaimana saya ingin menjadi seorang pendidik yang berfalsafah cepat-cepatlah slide ke bawah!!๐



Comments
Post a Comment