Kepada Awak Semua Yang Cantik Dan Kacak!!
Welcome To My First Blog๐
saya harap awak semua berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik belaka dalam mengharungi masa-masa pandemik yang begitu mencabar ini teruskan jaga kesihatan diri dan keluarga semua!
Salam perkenalan pertama ini akan saya buka dengan sedikit tentang diri saya. Lahir pada tanggal 6 september tahun 2000 dan yee kini telahpun menginjak usia 21 tahun๐. Nama diberi Tan Vee Nee, korang semua boleh panggil saya veenee hehe. Gadis berbangsa cina yang berasal dari Kelantan. Seorang yang cantik rupawan, pemalu tetapi sebenarnya lawak dalam diam. Kan orang tua-tua cakap tak kenal maka tak cinta, jadi... kalau nak kenal bolehla follow Instagram saya @veenee.t hehee macehh!๐
Gambar ketika saya masih bayi.. tak sia-sia saya posing dulu boleh jugak tunjuk sini akhirnya.๐
Tertanya mengapa saya sangat fasih berbahasa melayu?? Haaa inilah salasilahnya๐...
Back to 2010!!๐ถ
Asalnya dari Sjk(c) saya berpindah ke Sk Sri Suria (1) yang terletak di sebuah bandar di Kelantan. Sebagai satu-satunya murid yang berlainan bangsa tidak membuatkan saya merasa janggal sama sekali, malah membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar dalam suasana baharu bersama rakan-rakan pun yang baru lah ye hehe..๐ Selepas UPSR, saya bersekolah di Smk Dato Mahmud Paduka Raja (1) dan pada tanggal 26.1.2016 sekali lagi saya berpindah ke Kolej Vokasional Tanah Merah demi mengejar minat saya dalam bidang Hospitaliti Bakeri dan Pastri. Disana, saya mendapat begitu banyak ilmu yang mendalam dalam bidang pembuatan makanan. Gambar-gambar di bawah adalah merupakan sedikit kenangan saya sewaktu menjadi pelajar Kolej Vokasional Tanah Merah selama 4 tahun.
Setelah empat tahun dengan suka dan duka menuntut ilmu dapatlah segulung diploma dan kini pada tahun 2021 tanpa membuang waktu blwerkk๐.. sekali lagi saya melanjutkan pelajaran di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dalam bidang Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Katering) Dengan Kepujian.
Disini saya mengambil subjek Falsafah Pendidikan dan dalam subjek ini saya ditugaskan untuk menghasilkan sebuah blog yang bertajuk Karya "Philo-Sophia", bertujuan untuk membuat kajian penyelidikan tentang pemahaman saya terhadap subjek ini pada awal hingga akhir topik.
Haaaa..mesti korang tertunggu-tunggu kan ada apa dengan karya "Philo-Sophia" ni?
Nantikan blog saya yang selanjutnya okey..?
Terima Kasih kerana sudi luangkan masa membaca blog saya yang tidak seberapa ini ๐๐hihihi.. saya amatlah hargai setiap pembaca disini.
Sampai jumpa lagi di blog seterusnya..byebyee
Comments
Post a Comment